Q & A :

Sebarang maklumbalas sila kemukakan dalam blog ini. Untuk makluman lanjut boleh merujuk pada UPLI POLIMAS.

208 thoughts on “Q & A :

  1. sekiranya pelajar melakukan kerja yang sama sepanjang tempoh praktikal,apa yang perlu ditulis pada buku laporan?

    • Bagi aktiviti yang sama dilakukan, ulang langkah tersebut ditambah dengan nota baru contohnya dari pembacaan berkaitan aktiviti yg dilakukan ataupun pemerhatian terhadap aktiviti lain yg dilakukan di tempat kerja. Penulisan buku log bukan sahaja apa yg pelajar lakukan tetapi termasuk juga segala perkara berkaitan pembacaan dan juga pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan di firma/organisasi.

  2. Borang permohonan telah dikeluarkan (8 Ogos 2011). Sila muat turun dan serahkan borang yang siap diisi kepada PLIJ masing-masing untuk pengesahan sebelum menghantar kepada firma.

  3. Saya pelajar sem 3 dr jabatan kejuruteraan awam,diploma perancang bandar dan wilayah.
    saya minta tolong admin letak maklumat tentang firma perancang untuk kemudahan pelajar
    sebab firma perancang susah nak cari.

    • Untuk makluman semua pelajar, setiap permohonan dari firma/organisasi untuk mandapatkan pelajar latihan industri boleh dirujuk di sini atau terus ke UPLI di mana maklumat firma/organisasi boleh diakses melalui komputer yang disediakan.

  4. misalnya 1 hari plajar buat keje lbh drpd 1 keje,,,semua kerja 2 perlu ditulis dlm buku catatan harian ke??klu nak tulis semua kerja,ruang yg disediakan x mencukupi…

    • Untuk makluman, buku log merupakan catatan harian oleh itu segala aktiviti pada hari tersebut hendaklah dicatat dengan ringkas mengikut format yang ditetapkan (panduan penulisan ada pada halaman depan buku log). Boleh letak helaian tambahan jika ruang tidak mencukupi tapi tak digalakan. Penulisan lengkap (laporan industri berkulit keras) tentang kerja yang dilakukan akan dimasukan dalam laporan yang perlu dibuat oleh setiap pelajar pada penghujung latihan nanti.

    • Untuk perhatian, borang daftar modul, resume dan maklumat pelajar perlu dihantar dalam tempoh seminggu setelah taklimat awal diadakan. Ini bagi mempercepatkan data pelajar dikemaskini dalam perisian UPLI untuk memudahkan pelajar memohon tempat LI. Oleh itu diharapkan pelajar dapat mengembalikan semua borang berkaitan dengan kadar segera. Borang daftar modul perlu mendapat pengesahan Penasihat Akedemik dan Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum dikembalikan ke UPLI.

    • Permohonan latihan industri adalah satu perkara yang serius bagi pihak firma, oleh itu sekiranya ditawarkan tempat latihan maka firma perlu membuat perancangan tentang pelajar yang akan menjalani latihan di organisasi mereka. Sekiranya pelajar menolak tempat tersebut di sebabkan telah mendapat tempat lain, ini akan menyusahkan firma tersebut kerana permohonan yang lain telahpun ditolak di sebabkan anda.

    • Proses pemantauan sedang dijalankan, pelajar akan dihubungi kelak untuk makluman lanjut oleh pensyarah pemantau. Sekiranya tiada pemantauan sehingga 12 November 2011, sila hubungi pihak UPLI (En. Mohamad Nasir Bin Rejab).

    • Semua permohonan mesti melalui UPLI, setiap surat permohonan perlu dicop oleh PLIJ masing2 untuk disahkan. Nombor rujukan perlu ada pada setiap permohonan pelajar. Bagi syarikat yang memohon pelajar terus ke UPLI dan anda berminat untuk menjalani latihan di syarikat tersebut, sila berurusan dengan UPLI dengan kadar segera.

  5. Salam admin

    Mohon para pelajar jangan menggunakan short form sms untuk menghantar soalan. Jika admin upli tidak tegas dalam hal ini, perkara ini akan berlarutan hingga ke firma mereka bertugas / LI. Kami (firma) bukannya kawan-kawan anda.
    Just my two cents.

  6. salam..saya ingin mengetahui tentang jadual serta syarat pendaftaran bagi pelajar lepasan latihan industri sesi jun 2011. Selain itu saya ingin mengetahui tentang bayaran untuk menjilid laporan akhir latihan industri, bayaran yuran pendaftaran bagi sesi disember 2011.serta cara pembayarannya. kerjasama dari pihak polimas amat dihargai. sekian terima kasih.

    • Berkaitan dengan perkara pendaftaran tamat latihan industri, UPLI akan mengeluarkan surat panggil balik kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Ianya boleh dimuat turun melalui lawan blog ini atau laman web POLIMAS pada minggu terakhir pelajar menjalani latihan industri di firma. Surat tersebut akan menjelaskan proses pendaftaran yang perlu pelajar lalui dan jumlah yuran yang perlu dibayar.

  7. Apakah motif dilaksanakan ‘Refleksi Mingguan’?
    Perlukah kami selesaikannya?
    Setelah 9 minggu kami LI, baru dikeluarkan? tiada pengumuman, dalam buku panduan, juga tiada, semasa taklimat juga tidak diberitahu & saya yakin ramai pelajar LI yg tidak tahu.

  8. As’salam…saya skrg sedang menjalankan praktikal….saya ingin tahu bagaimana untuk membuat reflective mingguan yang untuk buku laporan harian aktiviti itu…ada yg kata xblh tulis “saya” dalam membuat reflective mingguan 2….

      • jadi borang itu harus diprint dan bagi kepada penyelia tmpt saya praktikal ke?? dan betul ke bila tamat Li…kena terus hantar buku log, buku teknikal kepada poli…contoh kalau tamat 18/5/2012 hari khamis jadi harus hantar kepada poli pada 21/5/2012 hari ahad…??sebab ada yang kata buku teknikal itu kena hantar 2minggu selepas tamat LI?? jadi yang mana 1 betul…

  9. as’salam…sy nk tny..buku teknikal 2 kena hantar bila??slpas hbs tamat LI atau 2hari sebelum daftar kemasukan untuk sem.5??

  10. to admin
    saya masuk LI 5/12/11 awal 2 minggu dari tarikh mula li 19/12/11. pihak syarikat membenarkan saya menamatkan latihan industri pada 4/5/12, dua minggu awal dari tarikh tamat li 18/5/12?.
    saoalan saya:-
    adakah dibenarkan pelajar menamatkan latihan industri awal dengan kebenaran syarikat??

    • Pelajar dibenarkan untuk memulakan latihan awal dari tarikh yang ditetapkan tetapi PERLU tamat latihan pada tarikh mengikut takwim sesi latihan yang dijalani. Kesimpulannya pelajar perlu menjalani latihan sehingga 18 Mei 2012 walaupun memulakan latihan awal.

  11. to admin
    saya masuk LI 5/12/11 awal 2 minggu dari tarikh mula li 19/12/11. pihak
    syarikat membenarkan saya menamatkan latihan industri pada 4/5/12, dua
    minggu awal dari tarikh tamat li 18/5/12?.
    soalan saya:-
    adakah dibenarkan pelajar menamatkan latihan industri awal dengan kebenaran syarikat??

  12. HI~! May i know when shld we pass up the final report? After industrial training or when we go back register at polytechnic?

    • Report akhir perlu diserahkan pada hari pendaftaran tamat latihan berserta dokumen – dokumen lain seperti mana diterangkan dalam surat panggil balik yang akan dikeluarkan seminggu sebelum tamat latihan. Sila rujuk webblog ini untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran tamat LI.

  13. salam admin saya nak tanya gambar rajah mmang kena buat kat buku log harian tu?klu xguna apa2 alatan macmana? saya banyak gunakan dokumen2 saja dan buku yg berjilid tu nak kna hantar bila?

  14. assalam..
    saya ingin bertanya sedikit…bila sudah Ltihan Industri pelajar kena hantar borang markah..tapi saya tak tahu jurnal refleksi yang lengkap itu yang mana??saya tidak berapa faham..

  15. assalamualaikum.. saya mahu bertanya tentang warna kulit buku log…. berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada pensyarah ada dinyatakan warna kulit dalam web upli bahagian B muka surat 6… tapi saya tidak dapat mencarinya… boleh pihak upli nyatakan web tersebut… saya juga kurang faham tentang format penulisan yang baru berkaitan double spacing… keterangan menyebut bahawa perengan double spacing atau line double spacing? berkaitan margin dan header serta footer juga tidak terdapat di dalam format baru…

  16. assalamualaium..saya ingin bertanya..saya sekarang tengah menjalani LI…adakah panduan penulisan laporan akhir LI yang terdapat dalam uplipolimas ini diguna pakai oleh budak praktikal yang sedang menjalani Latihan Industri sekarang??sebab ramai student sem.4 skrg yang menjalani LI keliru tentang Format Penulisan yang manakah mereka harus ikut…

    • Panduan penulisan ini harus diguna pakai oleh pelajar AT401.
      Terdapat pelajar lama (ambilan sebelum Jul 10) seramai 69 orang sahaja yang perlu mengikut format lama dimana mereka ini mendaftar T3410.

    • Untuk pelajar Latihan Industri AT401 (format baru) laporan akhir hendaklah dijilid menggunakan ring binding sahaja.
      Untuk pelajar Latihan Industri T3410 (format lama, 69 pelajar sahaja terlibat) perlu menghantar laporan akhir yang siap dibinding dengan “Hard Cover” (kulit keras) mengikut warna jabatan masing-masing.

  17. mendaftar tamat LI pada 23 MEI 2012 (Rabu); bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

    Sila bawa bersama:
    a)Borang Pengesahan LI (checklist)
    b)Borang Penilaian Appendix 1 : Practical Task Form
    c)Borang Penilaian Appendix 2 : Reflective Journal Form
    d)Borang Pengesahan Tamat LI
    e)Buku Laporan Harian LI & Refleksi Mingguan
    f)Laporan Akhir LI

    Pelajar yang tidak mempunyai kesemua item di atas tidak akan disahkan daftar tamat LI dan tidak akan dapat mendaftar HEP.
    Senarai pelajar yang telah mendaftar tamat LI pada tarikh tersebut juga akan diserahkan kepada HEP untuk tujuan pembayaran pinjaman PTPTN.

    Sekian, harap maklum

  18. bilakah tarikh untuk menhantar buku report akhir LI..adakah sejurus selepas tamat LI atau semasa pendaftaran SEM 5??..BILA kah tarikhnya??

  19. assalamualaikum…saya nak tanya..
    1. bahagian isi kandungan harus ikut sama macam contoh yang ditunjukkan oleh pihak poli ke?? saya mengikut Format yang baru kerana sedang LI. perlu ke buat Dauble Spacing?? dan bagaimana pula dengan marginnya??
    2. untuk cover atau muka depan laporan Latihan Industri itu harus gunakan jenis tulisan arial Bold dan bersaiz 16, perlukah gunakan dauble spacing?? dan margin yang mana perlu digunakan??
    3. untuk judul margin yang mana perlu digunakan??
    4. bahagian judul,pengesahan pelajar, penghargaan dan sebagainya itu perlu menggunakan margin n dauble spacing ke?? atau bebas??

  20. salam.. saya nk brtanya brkaitan dgn kehadiran.. sepanjang tempoh li, sy tidak hadir sebanyak 5 hari(tidak berturut-turut,dan bersurat) Jadi, perlukah saya lanjutkan tempoh li saya atau kehadiran saya masih mencukupi 80% untuk layak tamat li.

  21. Hi.. May i know
    1) do we need to put the confirmation letter of undergoing industry training in our final report?
    2) is the confirmation letter same as the surat pengesahan tamant li?

  22. Assalam..
    kalau saya masuk LI awal. nak kena buat reflectif journal jugak ke ?
    cthnya : tarikh LI saya bermula 9 July 2012, tapi pihak firma minta saya mula pada 4 Jun 2012.
    so macam mana ya ?

  23. assalamualaikum..
    saya pelajar lepasan latihan industri bg sesi dec 2011.. ingin bertanya.. apakah yg dimaksudkan dengan penghantaran cd..? apakah yg hendah diisi didalam cd tersebut..? mohon penjelasan kerna ramai pelajar keliru…

  24. UPLI:
    sekiranya perubahan alamat semasa menjalani latihan adakah perlu pelajar menghantar kad kuning…apakah kesan sekiranya pelajar menggunakan alamat tetap dan tidak menghantar kad kuning?

    • Anda perlu menghantar kad kuning bagi memastikan pensyarah penyelia yang akan melawat dapat melawat anda di tempat betul. Kesilapan alamat menyebabkan pensyarah gagal melawat anda boleh menjejaskan markah lawatan pensyarah penyelia yang menyumbangkan 10% daripada keseluruhan markah latihan industri.

  25. sya skg tngh menjalani latihan LI sesi jun 2012..sekiranya sya ingin tukar tempat latihan ada kah ia boleh kerana tmpt sya skg lari dgn ape yg sya blajar di polimas..bagaimanakah procedure nya??

  26. salam..saya nak tanya jurnal reflective boleh dibuat secara ringkaskan,atau dalam bentuk point-point k????(hendak lebih kepastian)

  27. assalamuaalaikum..sya tksr tmpt l.i sblum ni..mcm mna nk wt lporan ya??sya kna buat 2 lporan atau sya kna buat untk tmpt bru??

  28. salam..saya tukar tempat l.i,,macam mana saya nak buat repot ya ??adakah saya kena buat 2 repot??ataupun repot yang terbaru ja..

  29. salam.saya nak bertanya bila tarikh akhir pensyarah pemantau akan datang?? sekiranya belum ada pensyarah blum datang apa yang perlu dilakukan??

    • Sila beri nama syarikat dan alamat, nanti saya confirmkan. Kalau pensyarah tidak melawat kamu, maka markah kamu 10% akan hilang. So kamu kena pastikan pensyarah datang melawat. Sila inform sekiranya minggu depan 11Nov2012 masih tidak dilawat

  30. As salam, saya hendak bertanya, dalam bab 6 tajuk ‘komen dan cadangan’.. komen dan cadangan tersebut haruslah ditujukan untuk kebaikan syarikat atau kebaikan untuk Latihan Industri Polimas… yang mana perlu diutamakan?? perlu ada format atau tidak berkaitan dengan cara penulisannya..?? mohon pertolongan jawapan dri pihak UPLI… terima kasih..

  31. terima kasih atas pemberitahuan… pensyarah sudah telefon saya tapi kawan saya masih belum…harap pihak tuan blh tolong ..
    Hisham & co.
    no 44 tingkat 1 left wing,
    pusat bandar sunway seberang jaya,
    13700 prai, pulau pinang.
    saya nak tnya tarikh 9 disember wajib kepada semua pelajar setiap jabatan untuk lapor diri atau boleh dipos sahaja laporan akhir???
    terima kasih.

  32. Appendix 1 and Appendix 2 perlu hantar minggu ke20 ataupun bawa semasa hari pendaftaran tamat LI??sebab ada yang beri maklumat lain. .harap reply

  33. As salam, ada pertanyaan di sini, 10 Disember perlu hadir ke POLIMAS untuk pengesahan tamat LI bukan, perlu ke bayar duit yuran sekali??
    Macam mana dengan buku Jurnal Refleksi dan Laporan Akhir, perlu bawak sekali, kalau tak perlu, mohon pihak UPLI beritahu apa yang perlu dibawa semasa hadir ke POLIMAS pada 10 Disember nanti dan apa yang perlu dibuat.. mohon pertolongan..

    • Pengesahan Tamat L.I adalah untuk mengesahkan kamu dah tamat L.I dan pada masa itu kamu akan jumpa dengan pensyarah panel masing2 untuk penilaian jurnal refleksi + laporan akhir. Sila rujuk surat pengesahan tamat L.I di laman sesawang POLIMAS untuk maklumat lanjut perkara2 yang perlu dilakukan dan dibawa semasa pengesahan. Harap maklum

  34. Soalan, pelajar praktikal sesi Jun akan menghadiri ke Polimas pada 10/12/12 bagi pengesahan tamat LI, tapi, bila pula tarikh bagi mula masuk kuliah pertama (permulaan hari bagi minggu 1st pembelajaran)??? adakah 17/12/2012??

  35. Assalamualaikum,saya baru mula menjalani latihan industri,adakah saya perlu membuat salinan jurnal refleksi dan perlukah saya membuat soft copy dalam bentuk cd..? terima kasih.

  36. salam sejahtera,

    -saya memerlukan contoh format dan panduan penulisan jurnal refleksi terbaru supaya dapat memahami cara penulisan yang lebih sempurna.
    -perlukah saya membuat laporan sama seperti contoh penulisan laporan yang dipaparkan di laman sesawang UPLI?
    saya belum mula menulis laporan kerana masih belum faham tatacara menulis laporan.
    TERIMA KASIH

    • YA, RUJUK PANDUAN. ANDA BOLEH MENGIKUT PANDUAN YANG DIBERI. NAK TAU TATACARA MENULIS JURNAL, BOLEH TANYA KEPADA SENIOR KAMU SEBELUM INI, TIDAK SEMUA YANG KAMU BOLEH IKUT KALAU SAYA BAGI CONTOH PENULISAN PUN…

  37. salam…
    saya nak tanya adakah penulisan dalam jurnal refleksi perlu ditulis dan diisi betul-betul mengikut panduan yang diberi ??
    dan jikalau saya nak beli buku jurnal refleksi yang baru,bagaimana cara untuk saya dapatkannya?-harap dapat maklum balas dari pihak UPLI dengan segera..terima kasih.

    • SILA JUMPA DENGAN EN AZIZY UNTUK URUSAN BELI BUKU DENGAN SEBAB YANG MUNASABAH KENAPA NAK BELI BUKU BARU. KALAU BETUL2 SEPERTI DALAM PANDUAN, ADALAH SANGAT BAGUS TAPI KALAU PERINGKAT AWAL TIDAK DITULIS DENGAN JELAS, PASTIKAN ANDA BUAT CATATAN TAMBAHAN PADA KERTAS LAIN UNTUK MUDAHKAN KAMU MENULIS REPORT AKHIR KEMUDIAN NANTI

  38. assalammualaikum..admin maaf tanya..
    saya kurang jelas mengenai power point..
    apa yang perlu diisi di dalam power point tersebut..
    saya pelajar perancang bandar dan wilayah..
    jadi saya akan menyiapkan tugasan dan mengambil masa selama berminggu-minggu bagi sesuatu projek adakah saya perlu menulis perkara yang sama semasa menulis jurnal refleksi..

    • Catatan jurnal refleksi adalah mencerminkan kerja kamu seharian. walaupun ia berulang, perlulah kamu catatkan sebagai maklumat kerja kamu. berkaitan powerpoint, itu perlulah kamu tanya kepada pensyarah penilai semasa kamu dinilai nanti. Cd perlu dihantar bersama report akhir. kandungan cd itu adalah report akhir kamu dalam bentuk soft copy.
      harap maklum

  39. “Q & A : Unit Perhubungan dan Latihan Industri POLIMAS” was a superb article, cannot
    wait to look at a lot more of ur blog posts.
    Time to waste a lot of time on the internet lolz. Thanks -Miles

  40. assalamualaikum..sya ingin brtanya..bila tarikh akhir hantar laporan akhir li utk sesi disember 2012?? adakah sejurus tamat li ataupun semasa nak daftar utk sem 5???

  41. sy nk mintak link untuk keputusan LI sesi disember 2011 sebab keputusan sy hilang,,harap dapat membantu..

  42. saya nak Tanya bila tarikh lapor diri tamat li di politeknik menghantar laoporan li dan presentation?? li sesi jun2013..iaitu 17 june hingga 1 nov…saya nak tahu..sebab saya pelajar polimas dari Selangor…ingin menaiki kapal terbang…kena ambil tiket secepat mungking..pls reply..

  43. salam…sya nk bertanya…sya hndak mmbuat refleksi mgguan tp sya tidak thu cara nk menulisnya…sya dh tgok format pnulisannya tp sya msih tidak fham..boleh x admin tlong trangkan cara2 hndak buat refleksi mingguan?…terima kasih

    • Penulisan laporan mingguan adalah menggunakan kreativiti masing-masing. Sebenarnya refleksi mingguan adalah kesimpulan daripada catatan harian anda. Tujuan refleksi mingguan ditulis supaya memudahkan anda menulis di dalam laporan akhir nanti sahaja.

  44. bila pensyarah pemantau dtg , dia akan ambil kertas yg dicarik dari muka surat bhgian blakang jurnal refleksi kan ? saya tak ingat kertas apa . tapi pensyarah pemantau saya ambil 3 kertas iaitu yg berwarna merah , kuning dan biru . tetapi bila saya tanya rakan LI saya di tempat lain , pensyarah pemantau mereka ambil kertas yg brwarna merah sahaja . mcm mana tu ?

      • tapi pensyarah pemantau saya ambil sekali kertas yg berwarna kuning dan biru jugak . so total 3 helai kertas dia ambil dari jurnal refleksi saya . tu yg saya pelik sbb kawan kawan sy yg lain pensyarah pemantau mereka ambil appendix 3 colour pink tu je . mohon pencerahan

  45. saya nak tanya . tarikh kena hantar report li dan presentation 6hb November kan ? kalau saya nak mintak tangguh kejap boleh ke ? sebab tarikh tu saya kena pergi KLIA ambil ibu bapa saya yg pulang dari mengerjakan haji la . bagaimana ye ? boleh ke ?

    • Sila kemukakan surat permohonan penangguhan pengesahan tamat L.I melalui faxs 049174232 sebelum 31 oktober 2013. Sila buat pengesahan tamat L.I pada 10 nov 2013 (ahad) di pejabat UPLI (polimas)

  46. Saya ingin bertanyakan mengenai keputusan latihan industri sesi disember 2011 bagaimana untuk saya semak keputusan tersebut boleh admin berikan link? harap kerjasama admin. terima kasih.

    • tambah buku baru, harga buku dalam rm6 (sekiranya masih banyak muka surat yang diperlukan). Kalau bilangan mukasurat yang diperlukan sedikit sahaja, sila guna buku nota biasa dah memadai.

  47. salam…..saya pelajar yang menjalani latihan industri sem 4 sesi Disember 2013, adakah saya perlu menyediakan slide show powerpoint? bagaimana nak dapatkan format untuk slide show powerpoint tu? adakah presentation pada 28/4/2014? mohon penjelasan segera 🙂

    • Presentation pada 28/8/2014. Tiada format spesifik unuk penyediaan slide presentattion. Ia adalah seperti mana kamu buat slide untuk presentation biasa dalam kelas. anggaran masa present adalah 10-15 minit. Bilangan slide adalah bergantung kepada keperluan kamu sendiri, yang penting kamu boleh present dengan jelas dan lengkap sepertimana pensyarah penilai kehendaki.

  48. Assalammua’laikum,saya ingin bertanyakan,adakah polimas menyediakan senarai nama pelajar yang akan membentangkan laporan akhir serta slide show bagi pelajar praktikal sesi Dis 203..Seperti dengan siapa,kepada lecturer mana dan sebagainya.

  49. salam….saya baru grad kemarin..saya nk print balik keputusan LI yang lepas iaitu sesi dis 2012 sbb keputusan tue kena ada time mohon UPU…camner nak dapatkan ek?

  50. assalamualaikum…saya nak tanya…sy pelajar li sem 4 la skrg…sy dapat kol dr pihak polimas 2 mggu lpas mngatakan pnsyarah penilai nak datang mggu lps tapi x dtg lagi pn..then mggu ni pn x da respon pn…cm na ea ?

  51. salam…saya nak tnya…..saya li sesi disember 2011….jika saya nak re print blik keputusan l.i saya macam mana???

    • Buat surat rasmi ke UPLI untuk perhatian En Mohammad Azizy bin Ahmad. Tajuk adalah permohonan keputusan latihan industri sesi…
      surat yang dah siap – sila hantar ke pejabat UPLI

  52. Saya pelajar dari kursus ukur bahan (JKA) telah dapat tempat praktikal. Saya sekarang sedang melakukan latihan praktikal. Firma latihan industri say iaitu NS Construction di seremban, ns sudah fax borg jwpn ke polimas. Tetapi di upli spmp, tempat latihan industri yang saya praktikal masih tiada. Apa yang perlu saya lakukan?

  53. Assalamualaikum,
    saya dapat tau yang present untuk sesi disember 2014, 26 april sehingga 1 mei.
    jd macam mana saya nak tau class saya present pada tarikh bila ??
    _DPW3A_

  54. ASSALAM,
    soalan : cover bagi laporan akhir, adakah sama macam cover thesis ??
    atau sekadar kertas A4, keras ??

  55. assalamulaikum .saya nak tanya margin memng kena setting ke macam mana sebb saya dah print lepstu baru dapat tahu kena setting margin .saya buat normal setting margin ja . apa penyelesaiannya kena print blik ka macam mana?

  56. bolehkah kita menaip sahaja kemudiaan cut and paste ke dalam buku jurnal refleksi LI agar kelihatan lebih kemas dan teratur?

  57. bolehkah saya MENAIP laporan harian saya kemudian cut and paste ke dalam buku jurnal refleksi agar kelihatan lebih kemas dan teratur?

    • Laporan harian adalah catatan tangan anda, apa yg anda lakukan setiap hari. Anda tak perlu catit spt mana karangan..sekadar point form pun kira dah ok. masukkan gambar tugas anda sekiranya ada…

  58. Salam admin. Saya nk tye presentation akhir dlm powerpoint tu bbeza dgn final report li atau sama saja? Cuma dlm bntuk powerpoint? Terima kasih☺

  59. Selamat pagi, boleh saya tahu, kalau mahu semak senarai pelajar yang belum dapat, macam mana ???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s