UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLIMAS (SESI JUN 2017)


TEMPOH LATIHAN SESI JUN 2017

TARIKH L.I SEMASA

(19 JUN 2017- 03 NOVEMBER 2017)

 

Latar Belakang

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) akan menempatkan pelajar di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. UPLI  juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak POLIMAS sentiasa baik dan berterusan.

Di akhir Latihan Industri, pelajar akan dapat:

  1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
  3. Mengamalkan kerja berpasukan.
  4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
  5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.

Background

Industrial Training is a major component of the curriculum in polytechnics. Students are required to pass industrial training before they are approved for the award of KPT Polytechnic Diploma.

Industrial Training and Liaison Unit (UPLI) will place students in government departments or private firms for 20 weeks (one semester) to expose them to a real working environment as well as different from the atmosphere of polytechnics. UPLI is also responsible for ensuring that bilateral relations between companies / firms offering industrial training to students with POLIMAS are always good and continuous.

At the end of the Industrial Training, students will be able to:

  1. Apply relevant knowledge and skills at work.
  2. Communicate effectively with various levels.
  3. Adopting teamwork.
  4. Professional and ethical in complying with the policies, procedures and rules in the organization.
  5. Explain the tasks given (during the LI) according to the format specified.
Advertisements