UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLIMAS

TEMPOH LATIHAN SESI JUN 2013

17 JUN 2013  HINGGA 01  NOVEMBER 2013

Latar Belakang

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT.

UPLI akan menempatkan pelajar di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. UPLI  juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak POLIMAS sentiasa baik dan berterusan.

Di akhir Latihan Industri, pelajar akan dapat:

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
3. Mengamalkan kerja berpasukan.
4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.
Posted in Pengenalan. Comments Off

PEMBERITAHUAN

PELAJAR YANG TELAH MENGIKUTI KURSUS KAD HIJAU CIDB PADA BULAN SEPTEMBER/OKTOBER 2014

BOLEH MENGAMBIL KAD MASING-MASING MULAI 25HB NOVEMBER 2014 (SELASA) – WAKTU PEJABAT DENGAN MENGEMUKAKAN MAKLUMAT BERIKUT:

1. NAMA PENUH
2. NO. KAD PENGENALAN / NO. PENDAFTARAN
3. NO. TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI (HP)
4. NO. SLIP BAYARAN BIMB (CTH: B5877941)

MANA-MANA PELAJAR YANG TIDAK DAPAT MENGAMBIL SENDIRI, ANDA DIBENARKAN UNTUK WAKILKAN KEPADA ORANG LAIN.

HARAP MAKLUM.

“SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI”

Posted in makluman. Comments Off

STATISTIK PELAJAR MENDAFTAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2014

Daripada pemerhatian, peratusan tidak mendapat tempat L.I adalah 72%. Mohon pelajar yang terlibat supaya mengambil tindakan dengan segera.

2 1

Posted in makluman. Comments Off

Perlaksanaan Kajian Keberkesanan Latihan Industri Sesi Jun 2014

Perhatian kepada Pelajar Semester 6 : DKA & DIP ( LI JUN 2013) , DMK ( LI JUN 2014)

Semua pelajar yang terlibat diwajibkan untuk melengkapkan kajian tersebut mulai 1 – 16 Oktober 2014 melalui laman web www.LIpoly.my .

Carta alir perlaksanaan kajian boleh dirujuk disini.

Dipohon semua pelajar untuk mencetak kajian yang telah lengkap dan diserahkan kepada Wakil Kelas/ Penolong Wakil Kelas untuk dihantar ke Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI).

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara ini, tuan/puan boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan & Latihan Industri di talian 016-4453828 ( Pn Madzura bt Mohamad).

MOHAMMAD AZIZY BIN AHMAD

Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri, POLIMAS

Posted in makluman. Comments Off

PERHATIAN : PELAJAR L.I SESI DIS 2014

TARIKH AMBIL JURNAL DIS 2014

Posted in makluman. Comments Off

Renungan

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan ‘musuh’ tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Kita boleh bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang waras menyerang pihak lain samada dengan perbuatan, perkataan, tulisan atau serangan fizikal tanpa mempertimbangkan akibatnya. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri….

“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.” FIKIR-FIKIRKAN….

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan ‘musuh’ tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Kita boleh bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang waras menyerang pihak lain samada dengan perbuatan, perkataan, tulisan atau serangan fizikal tanpa mempertimbangkan akibatnya.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri….

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

FIKIR-FIKIRKAN….” width=”399″ height=”394″ />

<div class=
Sumber: Tuan Naphat (Facebook)
Posted in makluman. Comments Off

Saluran ke2 uplipolimas

sebarang makluman di blog upli juga akan disalurkan ke laman facebook (uplipolimas)

sila klik like page : uplipolimas

Posted in makluman. Comments Off

GARIS PANDUAN PENERBITAN KREATIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

th_attentionMakluman kepada pelajar yang ingin membuat Laporan Akhir L.I

dalam bentuk Penerbitan Kreatif,

sila rujuk GARIS PANDUAN
PENERBITAN KREATIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

seperti mana yang terdapat dalam Laman Web CIDOS.

Harap maklum.

Posted in makluman. Comments Off
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 975 other followers